Program Kesukarelawanan dan SULAM Antarabangsa UiTM Cawangan Johor dengan Kolaborasi Universitas Batam (UNIBA)
Program Kesukarelawanan dan SULAM Antarabangsa UiTM Cawangan Johor dengan Kolaborasi Universitas Batam (UNIBA) telah diadakan pada 13-17 November 2023 di Batam, Indonesia anjuran Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
Program ini telah melibatkan seramai 18 orang mahasiswa kursus kokurikulum HPD233 Khidmat Masyarakat Tahap 2 (Diploma dan Sarjana Muda) dan seramai 12 orang mahasiswa UNIBA dari pelbagai fakulti. Ia turut disertai oleh 4 orang Pegawai/Pensyarah UiTMCJ Kampus Segamat dan 13 orang Pegawai/Pensyarah UNIBA di bawah Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat UNIBA (LPPM) sepanjang program ini diadakan di sana.
Objektif program ini adalah:
1)Melahirkan mahasiswa yang prihatin dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
2)Meningkatkan kemahiran mengurus aktiviti di samping memupuk Kemahiran Insaniah di kalangan mahasiswa.
3)Memberi pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa untuk mempelajari budaya, bahasa, persekitaran dan sebagainya di antara dua buah negara serumpun.
4)Memupuk sikap dan semangat kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
Kumpulan Sasaran Program: Anak-anak yatim Panti Asuhan "Istana Yatim Al-Jufri" Batam, Indonesia seramai 42 orang.
Atur cara program adalah:
14 November 2023 (Selasa)
9.00 pagi – 12.30 t/hari : Seminar Antarabangsa dan Sesi Perkongsian di Dewan Rumengan, Universitas Batam
Penceramah Ucaptama: Prof. Dr. Ir. Chabullah Wibisono, MM
(Naib Canselor I, Universitas Batam)
Ahli Panel:
1)Dr. Mohamad Gita Indrawan, ST., MM
(Naib Canselor III merangkap Ketua Pembahagian Komuniti Servis Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat (LPPM) Universitas Batam)
2)Saudara Ahmad Rafiqi bin Zaini
(Mahasiswa Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat)
3)Cik Norsyidah binti Mahmat Sani
(Pegawai Eksekutif Kanan (Kokurikulum)
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat)
Moderator:
1)Dr. Ir. Yuanita FD Sidabutar, ST., M.Si
(Timbalan Pengarah, Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat (LPPM) Universitas Batam)
2)Dr. Sukma Sahreni, M.Gizi
(Bahagian Penerbitan, Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat (LPPM) Universitas Batam)
2.00 petang – 4.00 petang: Lawatan tapak di Panti Asuhan “Istana Yatim Al-Jufri” Batam.
15 November 2023 (Rabu)
8.00 pagi – 4.00 petang: Program Kesukaralewanan dan SULAM di Panti Asuhan “Istana Yatim “Al-Jufri” Batam, Indonesia bersama 18 orang mahasiswa UiTM Cawangan Johor dan 12 orang mahasiswa Universitas Batam.
Aktiviti terlibat adalah:
1)Mengecat dinding dan membuat mural dinding sebagai aktiviti kesukarelawanan.
2)Membuat aktiviti berbentuk latihan dalam kumpulan (LDK) dan pemindahan maklumat (knowledge transfer) seperti gaya hidup sihat, memasang cadar katil, menggosok gigi, permainan uji minda dan sebagainya.
Program ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada UiTM Cawangan Johor amnya dan khususnya kepada mahasiswa daripada kursus kokurikulum HPD233 Khidmat Masyarakat Tahap 2 di dalam membina nilai tambah Kemahiran Insaniah yang diterapkan melalui silibus dan aktiviti kokurikulum sedia ada melalui program/aktiviti kesukarelawanan dan SULAM pengantarabangsaan.
Sekalung Penghargaan Kepada:
1)YBhg. Rektor UiTM Cawangan Johor
2)YBrs. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor
3)Barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Johor
4)Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan staf Pejabat Am Hal Ehwal Pelajar
5)Rakan Kolaborasi iaitu Universitas Batam (UNIBA) iaitu:
1)Dr. Malahayati Rusli Bintang, B.Sc., MPH (Head of a Research Institute and Community Services UNIBA cand.)
2)Dr. Moh Gita Indrawan, ST., MM (Vice Chancellor III cum Head of Community Services Division of Research Institutions and Community Service UNIBA)
3)Dr. Yuanita FD Sidabutar, ST., M.Si (Vice Director of the Institute of Research and Community Services UNIBA)
4)Dan seluruh pengurusan dan warga kerja UNIBA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini dijalankan di sana.
6)Staf Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
7)Barisan Jurulatih Sambilan Kokurikulum HPD233 Khidmat Masyarakat Tahap 2 iaitu Puan Hairiani binti Abdul Hamid, Puan Nor Diana binti Hj. Abd. Rahman dan Puan Rusnani binti Mohamad Khalid.
8)Dan seluruh staf UiTMCJ yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.
Jawatankuasa Pelaksana Program:
Penaung: YBhg. Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Rektor UiTMCJ)
Pengerusi: Dr. Basaruddin Shah bin Basri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCJ).
Naib Pengerusi I: Puan Siti Nor Hadijah binti Md Supaat (Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCJ).
Naib Pengerusi II: Encik Ujud bin Pabil (Penolong Pendaftar Kanan (Kokurikulum) UiTMCJ Kampus Segamat).
Penyelaras Program/Pegawai Pengiring: Cik Norsyidah binti Mahmat Sani (Pegawai Eksekutif Kanan (Kokurikulum) UiTMCJ Kampus Segamat).
Ketua Urusetia: Puan Hairiani binti Abdul Hamid (Pensyarah Kanan FPP UiTMCJ Kampus Segamat).
Urusetia: Puan Nor Diana binti Hj. Abdul Rahman (Pensyarah Kanan KPPIM) dan Puan Rusnani binti Mohamad Khalid (Pensyarah KPPIM) UiTMCJ Kampus Segamat.
Sesungguhnya tanpa sokongan dan penghargaan daripada semua pihak yang telah terlibat, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana program sebegini adalah yang pertama kali diadakan melibatkan pengantarabangsaan secara kolaborasi dua buah universiti berlainan negara iaitu UiTM Cawangan Johor, Malaysia dan Universitas Batam, Indonesia.
Sesungguhnya segala usaha keras daripada semua pihak terlibat telah membuahkan impak dan hasil mengikut objektif yang ditetapkan. Kita merancang, Allah merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah datang daripada Allah. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kekhilafan daripada kami sepanjang dari mula kami melaksanakan program ini sejak awal tahun 2023 sehinggalah hari terakhir program ini 17 November 2023.
UiTM DiHatiku